Table of contents

Sabtu, 17 September 2011

" Agar bidadari cemburu kepadamu… untukmu muslimah "


Wahai Saudari Seakidahku...
Berdoalah memohon kepada Allah
dengan hati tertunduk dan dilinangi air mata kekhusyukan yang mendalam,
berharapkan Allah memberi kekuatan untuk menjadi wanita solehah...

Untuk saudariku,
yang telah berikrar setia dan menunaikan tugas mulia sebagai Muslimah,
Bersabar menghadapi berbagai rintangan hidup,
Yang sentiasa berupaya mewujudkan cita-cita mulia dan hanya mengharapkan keridhaan Allah SWT.
Akhlakmu begitu indah, sopan dan sejuk mata memandang,
Tutur bicaramu tersusun atur mudah berkata-kata indah,
Penampilanmu menepati syara dan malu menjadi pakaian utamamu,
Perjalanan hidupmu dihiasi dengan perjuangan hakiki..
Ketahuilah wahai saudariku muslimah solehah,
Tidak akan pernah kita temui kenikmatan hakiki tanpa perjuangan sejati,
tidak pernah kita jumpai kebahagiaan tertinggi tanpa pengorbanan tiada henti.

Apa yang kita persembahkan untuk meninggikan agama Allah tidak pernah sia-sia.
Ibarat cahaya, ia akan sentiasa menerangi,
Ibarat pohon rindang, ia akan menaungi,
Ibarat bunga mawar, ia sentiasa harum mewangi

Wahai saudariku muslimah solehah,
Senyumanmu, akhlakmu, budi pekertimu, sahsiahmu adalah kekuatan,
kemewahan dan kekayamu yang sebenar.
Jadilah dirimu yang sebenar sesuci fitrah insani,
agar disayangi makhluk duniawi dan dirindui hati-hati yang mencintai Ilahi.
Agar Bidadari di syurga, mencemburui mu kerana mutiara berharga yang terpendam di dalam dirimu
Peliharalah dirimu dan perindahkanlah keperibadian mu
Agar dirimu menjadi wanita muslimah solehah yang sebenar....