Table of contents

Sabtu, 17 September 2011

" Agar bidadari cemburu kepadamu… untukmu muslimah "


Wahai Saudari Seakidahku...
Berdoalah memohon kepada Allah
dengan hati tertunduk dan dilinangi air mata kekhusyukan yang mendalam,
berharapkan Allah memberi kekuatan untuk menjadi wanita solehah...

Untuk saudariku,
yang telah berikrar setia dan menunaikan tugas mulia sebagai Muslimah,
Bersabar menghadapi berbagai rintangan hidup,
Yang sentiasa berupaya mewujudkan cita-cita mulia dan hanya mengharapkan keridhaan Allah SWT.
Akhlakmu begitu indah, sopan dan sejuk mata memandang,
Tutur bicaramu tersusun atur mudah berkata-kata indah,
Penampilanmu menepati syara dan malu menjadi pakaian utamamu,
Perjalanan hidupmu dihiasi dengan perjuangan hakiki..
Ketahuilah wahai saudariku muslimah solehah,
Tidak akan pernah kita temui kenikmatan hakiki tanpa perjuangan sejati,
tidak pernah kita jumpai kebahagiaan tertinggi tanpa pengorbanan tiada henti.

Apa yang kita persembahkan untuk meninggikan agama Allah tidak pernah sia-sia.
Ibarat cahaya, ia akan sentiasa menerangi,
Ibarat pohon rindang, ia akan menaungi,
Ibarat bunga mawar, ia sentiasa harum mewangi

Wahai saudariku muslimah solehah,
Senyumanmu, akhlakmu, budi pekertimu, sahsiahmu adalah kekuatan,
kemewahan dan kekayamu yang sebenar.
Jadilah dirimu yang sebenar sesuci fitrah insani,
agar disayangi makhluk duniawi dan dirindui hati-hati yang mencintai Ilahi.
Agar Bidadari di syurga, mencemburui mu kerana mutiara berharga yang terpendam di dalam dirimu
Peliharalah dirimu dan perindahkanlah keperibadian mu
Agar dirimu menjadi wanita muslimah solehah yang sebenar....

# Awal Yang Indah #

saat jauh darimu
terlintas tanya dalam anganku
benarkah di benakmu
hanyalah diriku yang bertahta
akankah ini slamanya

saat ku didekapmu
bisik hati kecilku bertanya
benarkah yang kau rasa
hanyalah diriku yang kau puja
akankah ini slamanya
ataukah hanya semata

tlah kuberi segalanya
cinta yang tanpa akhir
yang hanya tercipta
untukmu
mestinya semua ini
jadi awal yang indah
bagiku

haruskah aku bertanya
agar ku tau jawabnya

Jumat, 19 Agustus 2011

47 Keistimewaan Wanita

Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita. Betapa bertuahnya menjadi wanita. Bersyukurlah menjadi wanita. Bacalah risalah ini dengan niat untuk diamalkan dan sampaikan kepada mereka yang lain.

1.    Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2.    Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3.    Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

4.    Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

5.    Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6.    Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

7.    Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca “Alhamdulillahi’alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa.”; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa’ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

8.    Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.

10. Daripada Aisyah r.ha. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka merekaakan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”

11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

12. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

15. Aisyah r.ha. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?” Jawab baginda, “Suaminya” “Siapa pula berhak terhadap lelaki ?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Ibunya”.

16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

32. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.

38. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

39. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

40. Thabit Al Banani berkata: Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda, “Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

42. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

45. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mebinakan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

46. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

47. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas takhta di hari akhirat.”

Kamis, 23 Juni 2011

" Temukan Aku Dalam Istikharahmu "

Judul Buku      : Temukan Aku dalam Istikharahmu (Cinta Islami dalam Dunia Metropolitan)
Penulis              : E. Sabila El Raihany
Penerbit            : Cakrawala Fiksi, Yogyakarta
Tahun Terbit     : 2009
Tebal Buku      : 136 halaman



Sinopsis :
Buku ini menceritakan perjalanan seorang gadis cantik mencapai kebahagiaan dalam urusan cinta. Alfiaturrahmah, seorang gadis cantik yang shalehah yang lebih tertarik untuk memperdalam ilmu agama di pondok pesantren dibandingkan melanjutkan studi ditingkat perkuliahan. Hari-hari terasa begitu indah ketika berada di pondok, terlebih ketika ia bertemu dengan Rizqiana Isnaini, teman satu pondok yang kini menjadi sahabatnya. Kebahagiaan yang ia rasakan tak lepas dari berbagai masalah dan cobaan hidup yang dialami terutama masalah cinta. Dilema….!!! Itulah yang sedang Alfi rasakan sekarang. Dalam waktu yang bersamaan 5 orang pria datang menyatakan cintanya. Bingung.. itulah yang ada dibenak Alfi. Siapakah yang harus ia pilih??? Dimas, lelaki yang berasal dari keluarga yang berpendidikan dan pandai berbisnis ini yang sangat mencintai Alfi, namun mami Dimas tak menyetujui kedekatan Alfi dan Dimas setelah mengetahui latarbelakang keluarga Alfi yang hanya mementingkan agama semata. Sampai akhirnya Dimas menuruti perkataan maminya untuk menjauhi Alfi. Dori, teman masa kecil Alfi yang sudah dianggap kakak olehnya. Saiful dan Idris, dua orang lelaki tak dikenal yang datang untuk melamar Alfi. Mereka membawa orangtua masing-masing datang menemui keluarga Alfi, namun Alfi tak menerima satupun lamaran mereka. Alfi tak putus asa, ia terus berusaha untuk menemukan cinta sejatinya. Tidak hanya dengan usaha tapi diiringi dengan doa yang tulus kepada Allah SWT. Sampai suatu saat ia bertemu dengan satu pria di sebuah toko buku. Pria itu bernama Faiz. Pria yang mempunyai ketampanan seperti nabi Yusuf as ini telah membuat Alfi jatuh cinta, begitupun dengan Faiz. Ternyata perasaan mereka sama ketika pertama kali mereka bertemu. Subhanallah… ternyata rencana Allah SWT begitu indah untuk umatnya. Setelah apa yang Alfi alami selama ini, Allah SWT memberikan balasan dari kesabaran dan keikhlasan Alfi, yaitu KEBAHAGIAAN ….

Kelebihan :
Dengan membaca buku ini dan memahaminya dengan benar, kita bisa masuk kedalam alur ceritanya dan kita bisa merasakan kesedihan, kepedihan, perjuangan seorang Alfiaturrahmah dalam menghadapi berbagai cobaan hidup. Kata-kata yang digunakan dalam buku ini mudah dicerna oleh pembaca. Sehingga pembaca bisa dengan mudah mencerna apa maksud penulis. Latar waktu dan tempat jelas.

Kekurangan :
Hampir semua isinya tidak ada yang kurang, hanya saja dalam pengetikan katanya ada yang salah, misalnya menggunakan huruf kapital di tengah kata. 

Sabtu, 18 Juni 2011

" Arti Sahabat "

Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.
Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.
Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam  persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.
Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.
Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.
Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.

Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika  kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.

Surga di telapak kaki ibu


Kalau ada pepatah mengatakan bahwa surga ada di telapak kaki ibu, bukan berarti kita harus melihat telapak kaki ibu. Ini merupakan sebuah isyarat bahwa kebahagiaan seorang anak terletak di telapak kaki ibu, artinya di sepanjang kehidupan ibu. 

Telapak kaki, berarti sebagai bagian tubuh yang bersentuhan langsung dengan tanah, maka itu artinya perjalanan hidup ibu. Selama ibu masih hidup, selama itu pula kasih sayang ibu tercurah untuk anak-anaknya. Dan, selama itu pula kehidupan anak berada pada posisi baik. Bagi Ibu, jika anaknya nyaman, maka tenanglah hatinya, tetapi jika anaknya tidak nyaman, misalnya sakit, maka pikiran dan hati Ibu menjadi gunda gulana dan tersiksa oleh berbagai kekhawatiran. Begitulah, kasih sayang Ibu kepada anak-anaknya. Tidak berbatas.


Oleh karena itulah, jika kita ingin bahagia hidup di dunia dan di akhirat, maka sayangilah ibu kita. Berilah mereka kebahagiaan sebab ibu adalah lautan dan dunia kita. Di sanalah kita berlabuh saat sulit dan sebagainya.
Ingat bahwa keberadaan seorang ibu bagi kehidupan merupakan keniscayaan yang tidak dapat kita abaikan.